2026年9月10日

Stephanie Che, Jinny Ng dan Lee Yan Tung Bawakan Kisah Tiga Generasi Wanita, Come Home Love: Three Generations, One Sweet Bond Mula Bersiaran 10 Ogos

BEIJING, 14 Juli – Selepas 25 tahun, Stephen Chow kembali menggabungkan unsur seni mempertahankan di...

BEIJING, 14 Juli – Selepas 25 tahun, Stephen Chow kembali menggabungkan unsur seni mempertahankan diri dan bola sepak menerusi filem baharunya, Kung Fu Soccer Girls, kali ini dengan memfokuskan kepada sebuah pasukan bola sepak wanita.

Sejak ditayangkan, filem itu menerima pelbagai reaksi daripada penonton dan pengkritik, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Ramai penonton berpendapat jalan ceritanya kurang menawarkan pembaharuan dan terlalu menyerupai Shaolin Soccer, menyebabkan filem itu dianggap terlalu bergantung pada nostalgia tanpa membawa idea yang benar-benar baharu.

Kesan visual komputer (CGI) turut menjadi sasaran kritikan. Sebahagian penonton menyifatkan kesan khasnya kelihatan terlalu palsu dan ketinggalan zaman, malah ada yang membandingkannya dengan video AI berkos rendah di internet.

Gaya komedi slapstik yang sinonim dengan Stephen Chow juga menerima reaksi bercampur. Ada yang merasakan pendekatan tersebut tidak lagi begitu sesuai dengan cita rasa penonton masa kini, manakala sebahagian lagi berpendapat unsur komedinya masih mengekalkan identiti tersendiri.

Penyertaan bintang popular Dilraba Dilmurat dan Lay Zhang turut mengundang perbincangan. Ada yang melihat kehadiran mereka mampu meningkatkan tarikan komersial filem, namun ada juga yang berasakan ia sedikit mengurangkan identiti komedi klasik Hong Kong.

Walaupun menerima kritikan, filem itu turut mendapat pujian daripada penyokong dan media rasmi China. CCTV Entertainment menyifatkan Kung Fu Soccer Girls masih mengekalkan gaya komedi unik Stephen Chow dengan menggabungkan seni bela diri tradisional seperti Baguazhang dan Qinggong bersama aksi bola sepak, sekali gus menghasilkan hiburan yang ringan dan menghiburkan.

Filem ini mengisahkan perjalanan sebuah pasukan bola sepak wanita yang berjuang dalam kejohanan "Ultimate Champions Cup", sambil memaparkan proses mereka membina semangat berpasukan selepas melalui pelbagai kegagalan dan cabaran.

Selain aksi sukan, filem ini turut menyampaikan mesej tentang erti kemenangan dan mengekalkan impian. Melalui falsafah Bruce Lee, "Be water, my friend," watak-watak utama belajar melepaskan obsesi terhadap kemenangan dan kembali menikmati bola sepak dengan hati yang tulus, sekali gus membawa mesej tentang semangat, keberanian dan cinta terhadap impian.

接著讀